NEWS

PROTON SAGA PLUS +
UPGRADE SAGA SV


Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan Saga Plus, varian baharu yang dilengkapi ciri tambahan termasuk reka luaran Saga Executive pada lingkungan harga Saga SV. Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata Saga Plus diperkenalkan dengan prestasi yang mampu menggantikan varian Saga SV, menerusi lima ciri baharu tanpa kos tambahan kepada pengguna. Katanya, ia termasuk rim aloi 14 inci, kit badan kenderaan penuh, spoiler, hiasan warna pada belakang kenderaan dan cap tanda gred 'Plus' pada kereta.




Perkataan 'Plus' mencerminkan ciri-ciri tambahan Saga Executive dimuatkan pada model sedia ada Saga SV, bermakna tiada kenaikan harga walaupun model Saga ini dipertingkat dari segi rekaan luarannya. "Dengan pengenalan varian baharu ini, PROTON akan mengurangkan penawaran varian dengan menghentikan pengurangan bagi varian Executive dan varian SE variants dalam usaha memberikan lebih nilai kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini. Secara purata, PROTON menjual sebanyak 3,000 unit bagi model Saga sebulan. Abdul Harith berkata, penawaran varian baharu itu adalah usaha menjadikan Saga lebih memahami permintaan generasi dan pembeli muda untuk memiliki kereta pertama mereka. 

SAGA 1.3 FLX SUPER VALUE (SV) KINI DI PASARAN





Saga  1.3 FLX SV adalah manifestasi komitmen Proton untuk menyediakan ciri-ciri nilai bagi wang yang luar biasa lebih baik kepada rakyat Malaysia, termasuk ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan, kualiti yang lebih baik, praktikal, gaya yang lebih hebat dan kemampuan memilikinya. Diupayakan oleh Campro IAFM 1.3 liter yang sama seperti Saga FLX, dan boleh didapati dalam bentuk transmisi manual dan  CVT automatik.Proton Saga SV merupakan varian tambahan daripada model sedia ada Proton Saga FLX, yang mana ianya merupakan varian paling asas diikuti varian Standard, Executive, dan Executive CVT (Saga FLX SE).

Proton Saga SV dijana enjin CamPro IAFM, 4 Silinder, DOHC 16V bersesaran 1.3 liter, dengan kuasa 94hp@6,000rpm dan tork maksimum 120Nm@4,000rpm. Pelanggan boleh memilih sama ada model dengan transmisi manual 5-kelajuan atau CVT 6-kelajuan.Spesifikasi Saga SV hampir sama dengan varian Standard, cuma kotak kecemasan perubatan (First Aid Kit), segi tiga keselamatan (Safety Triangle) dan ‘Jumper Cable’ tidak disertakan bersama. Turut ditiadakan ialah dulang bagasi (Luggage Tray), pelindung pintu (Door Visor) dan ‘trunk lid cover’. Ciri-ciri lain termasuk ‘reverse sensor’ dan beg udara berkembar masih dikekalkan sebagai ciri standard.

Saga 1.3 FLX SV yang dikeluarkan dalam enam warna iaitu solid white, elegant brown, tranquility black, genetic silver, fire red dan blue rock - ditawarkan bersama jaminan selama tiga tahun atau jaminan pembuatan 100,000 kilometer.

Dengan pelancaran Proton Saga FLX 1.3 SV baharu yang mendapat penarafan keselamatan 3-Bintang daripada ASEAN NCAP ini, Proton secara rasminya telah menawarkan sebuah model kereta dengan harga yang cukup berpatutan kepada rakyat Malaysia.