PERSONA

PROTON PERSONA FACE LIFT 2022




Sebuah platform yang dibangunkan berdasarkan rekabentuk dan teknologi yang dinaik taraf pada model sebelum ini iaitu Proton Iriz. Memiliki kompenan yang lebih berkualiti dengan vendor terbaru hasil daripada  penyelidikan jurutera Proton selepas melalui era kualiti diragui. Sebuah kereta yang mempamerkan pembaharuan generasi kedua Persona dan ianya dikenali sebagai Proton Persona MC3 . Dikuasi oleh enjin VVT 1.6 liter baru lebih menjimatkan dan transmisi kekotak gear manual dan CVT (6 speed) .


Ruangan bonet belakang yang luas mampu untuk memuatkan sehingga set golf anda. Tidak perlu gusar untuk perjalanan yang jauh kerana muatan seumpama ini tidak memeningkan kepala anda untuk menyimpan barang yang diperlukan semasa perjalanan jauh. Bagasi boleh disimpan dengan kemas sehingga boleh memuatkan 5 bagasi sederhana besar ke dalam bonet ini.
keseluruhan keluasan but adalah 500 liters.


Pada panel meter anda kelihatan gabungan nyalaan warna lampu yang exclusive buat anda kelihatan lebih yakin dengan pemanduan. Steering dengan kemasan terbaik buat anda merasa begitu selesa dan teknologi EPS (electric Power Steering) yang telah dinaiktarafkan agar perjalanan anda seoleh-oleh bergerak pada permukaan yang sangat rata.

Kemasan warna two-tone pada door-trim kelihatan anggun dan mewah. Nampak lebih simple dan sempurna. Ruang penyimpan botol pula ada pada setiap pintu kereta Persona R ini.
Dilengkapi dual air-bag pada bahagian hadapan kenderaan. 2 lagi pada tepi pemandu dan penumpang hadapan mampu mengurangkan hendakan pada pemandu dan penumpang hadapan daripada mengalami kecederaan yang lebih serius. tambahan sepasang air-bag lagi bagi model premium menjadikan ianya 6 buah air-bag keseluruhannya.





Memiliki 3 varian menjadi pilihan pelanggan dengan perbezaan accessories dan harga . Antara pilihan Persona R ini adalah Premium , Executive dan juga Standard . Untuk memiliki seperti paparan radio android ,Navagation GPS, keyless entry , leather seat ,
 hanya terdapat pada varian Premium  Sahaja. Selain itu
Ruang tempat duduk belakang varian Executive dan Premium boleh dilipat sehingga 60-40 degree bagi memudahkan menyimpan barang yang agak panjang.





Ciri-ciri keselamatan yang ada pada semua Varian Persona Facelift 2022:
1. kawalan kestabilan (ESC)
2. Bantuan brek kecemasan (BA)
3. Kawalan cengkaman (TCS)
4. Brek Anti-lock (ABS)
5. Pengagihan brek elektronik (EBD)
6. Bantuan Mendaki ( HHA )


www.myproton2u.com

2 comments: