Terdapat empat varian Proton X70 yang bakal hadir iaitu,
-Proton X70 Standard 2WD
-Proton X70 Executive 2WD
-Proton X70 Executive AWD
-Proton X70 Premium 2WD
Hanya satu pilihan enjin sahaja yang ditawarkan iaitu enjin 1.8 liter turbo TGDI dengan kuasa 181 hp dan daya kilas 285 Nm yang digandingkan bersama transmisi automatik enam nisbah kelajuan. Kesemua varian hadir dengan enam buah beg udara, tiada lagi model asas yang mendapat hanya dua buah beg udara sebagaimana lazimnya Proton lakukan sebelum in.
Proton X70 Standard 2WD
Merupakan SUV model asas, ia hadir dengan kemasan dalaman fabrik berwarna hitam serta tempat duduk fabrik.Hanya dua warna sahaja ditawarkan untuk varian Standard iaitu Snow White dan Armour Silver sebelum diakhiri dengan penggunaan rim aloi bersaiz 17 inci.
Proton X70 Executive 2WD
Varian Executive ini hadir dengan kemasan dalaman dan tempat duduk kulit palsu (faux leather/leatherette) berwarna hitam.Spesifikasi keselamatan turut ditambah dengan penawaran kamera keliling 360 darjah yang memberikan visual sekeliling, terutama ketika mengendalikan kenderaan di kawasan yang sempit.Varian Executive turut hadir dengan rim aloi bersaiz 18 inci dan warna pilihan Snow White, Armour Silver, Jet Grey dan Cinnamon Brown.
Proton X70 Executive AWD
Masih membawakan spesifikasi yang sama seperti model pacuan roda hadapan, kecuali Proton telah mendatangkan sistem pacuan semua roda AWD pada varian Executive ini.Ia seakan meniru kelaziman yang dibawakan oleh pengeluar yang lain untuk tidak mendatangkan model pacuan semua roda pada varian tertinggi SUV keluaran mereka.Hanya warna Armour Silver sahaja yang dikecualikan daripada penawaran warna pada varian Executive.
Proton X70 Premium 2WD

www.myproton2u.com
No comments:
Post a Comment