PROTON S70
Kesemua varian Proton S70 dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder dengan pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi dwicekam 7-kelajuan (7DCT) yang menghasilkan 150 PS dan 226 Nm daya kilas. Selain itu, Proton S70 turut diberikan tiga mod pemanduan, iaitu Eco, Sport dan Comfort.
Model sedan segmen-C yang dibangunkan dari pelantar B-Segment Modular Achitecture (BMA) ini mempunyai ukuran dimensi 4,602 mm panjang, 1,809 mm lebar, dan 1,466 mm tinggi, dengan jarak antara rodanya 2,627 mm.
Untuk membangunkan S70, Proton telah menghabiskan 260,000 jam masa bekerja bagi melengkapkan proses kejuruteraan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Proton juga telah menghabiskan 75,000 jam masa bekerja yang melibatkan ujian jalan raya sebenar di Malaysia sejauh 1.2 juta kilometer
Berikut adalah perincian perincian ringkas Proton S70 mengikut varian:
- Rim aloi bersaiz 16-inci
- Saiz tayar 205/55R16
- Lampu hadapan jenis halogen
- Lampu siang LED
- Cermin sisi lipat secara manual
- Butang penghidup enjin dan ciri kemasukan pintar (pintu sebelah pemandu sahaja)
- 5 slot USB, 4 pembesar suara
- 6 beg udara
- Paparan meter analog monokrom bersaiz 3.25-inci
- Pendingin hawa larasan manual
- Bolong pendingin hawa di belakang
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mendaki (HHA)
- Kawalan Jelajah
- Brek parkir elektronik dengan fungsi auto-hold
- Amaran Lintasan Trafik Dari Belakang (RCTA), Amaran Rempuhan Belakang, Amaran Buka Pintu dan Bantuan Ubah Lorong
- Paparan unit inforia bersaiz 8-inci – resolusi 1024 x 600 Linux
- Kemasan tempat duduk fabrik
- Lampu hadapan jenis LED automatik
- Pendingin hawa automatik
- Cermin sisi auto-lipat
- Tingkap dengan fungsi anti-trap
- Jejalur lampu belakang
- Kemasan balutan stereng dan tempat duduk jenis kulit buatan (leatherette)
- Kamera undur, penderia parkir di hadapan dan belakang
- Rim aloi bersaiz 17-inci
- Saiz tayar 205/50R17
- Bukaan pintu but belakang induktif
- Paparan meter digital jenis LCD bersaiz 10.3-inci berdefinisi tinggi – resolusi 1920 x 720 Atlas + Android
- Enam pembesar suara
- Unit inforia bersaiz 12.3-inci
- Tempat duduk pemandu larasan kuasa
- Mod pilihan talaan stereng
- Pengecas nirwayar
- Kamera 360 darjah dengan paparan 3D
- Sistem pemantau tekanan angin tayar
- Bantuan Pemandu Termaju (ADAS 2.0) – Brek Kecemasan Automatik, Amaran Pelanggaran Hadapan, Kawalan Jelajah Adapatif Pintar dengan fungsi ‘henti dan mula’, Bantuan Kekal Lorong dengan Amaran Keluar Lorong, Pengecaman Tanda Trafik, Suluhan Lampu Tinggi Pintar
- Pemantau Tekanan Tayar
- Arahan Suara (Hi Proton!), navigasi, ramalan cuaca, penstriman muzik secara dalam talian menerusi sistem 4G dan wi-fi terbina dalam
- Bumbung suria (sunroof)
- Perakam Video Digital (dashcam)
.
No comments:
Post a Comment