X90















PROTON X90

Pengenalan X90 menandakan kemasukan jenama berkenaan ke dalam pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). X90 ditawarkan dalam empat pilihan varian, dua pilihan konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk.

Enam pilihan warna menarik antaranya Snow WhiteArmour SilverJet GreyCinnamon BrownRuby Red dan Marine Blue (pilihan warna mengikut varian).

Berikut adalah senarai harga Proton X90 mengikut varian (harga atas jalan termasuk insurans):

  • 1.5 TGDi BSG Standard – RM128,440
  • 1.5 TGDi BSG Executive – RM135,576
  • 1.5 TGDi BSG Premium – RM149,847
  • 1.5 TGDi BSG Flagship – RM158,002

X90 dikuasakan oleh enjin 1.5L TGDi bersama dengan Sistem Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V yang merangkumi enam komponen utama, termasuklah motor Belt-Starter Generator (BSG) 48V, Penukar DCDC, Bateri Litium-Ion 48V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan Sistem Kawalan Modul Hibrid.


Enjin 1.5L TGDi menghasilkan output 190PS dan 300Nm daya kilas, manakala EMS 48V pula membekalkan kuasa tambahan sebanyak 13PS dan 45Nm daya kilas. Rangkaian kuasa ini disambungkan pula kepada transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

SUV terbesar Proton ini menampilkan rekaan badan yang ‘berotot’ bagi menonjolkan evolusi terbaru ke arah identiti reka bentuk premium. Rekaan jejalur busur atau “Ethereal Bow” telah diolah semula agar selari dengan lampu hadapan.
Kemasan corak “Infinite Weave” pada jerijinya kini tampil dengan bentuk berlian yang diilhamkan daripada motif corak songket. DNA reka bentuk evolusi ini turut diinspirasikan oleh kepakaran seni serta warisan budaya Malaysia.


Untuk aspek keselamatan pula, Proton X90 diiktiraf dengan skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP tetapi hanya varian Premium dan Flagship sahaja yang mendatangkan sistem bantuan ADAS di mana ia merangkumi ciri:

Dari aspek keselamatan, X90 telah menerima pengiktirafan 5-bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Model ini didatangkan dengan beberapa ciri Bantuan Pemandu baharu seperti Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA), Amaran Rempuhan Belakang dan Maklumat Papan Tanda Lalu Lintas (TSI), namun terhad untuk varian Premium dan Flagship sahaja.



   credit funtasticko.net






No comments:

Post a Comment