PROTON X50
X50 akan dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo (Drive E) yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan Dwi-cekam (DCT). SUV segmen-B ini akan dilengkapi dengan ciri pemanduan autonomi tahap dua yang merangkumi ciri Kawalan Jelajah Pintar (ICC), Fungsi Indentifikasi Had Laju (SLIF), Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Kekal Laluan (LKA), Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki untuk varian paling tinggi.Walaupun telah diubah menjadi pemanduan sebelah kanan (RHD), rekaan papan pemukanya tidak jauh berbeza dengan rekaan pada kenderaan asal Geely Binyue.
Selain dari roda stereng, penukaran dari pemanduan kiri (LHD) kepada RHD juga termasuklah bar genggam pada konsol tengah, kedudukan tombol gear, dan susunan butang.
Model asal Geely Bin Yue dilengkapi dengan ciri pemanduan autonomi tahap kedua (Level 2 Autonomy) dan kami jangkakan ia akan turut diwariskan kepada Proton X50 dengan ciri-ciri seperti:
- Kawalan Pelayaran Pintar (ICC)
- Fungsi Indentifikasi Had Laju (SLIF)
- Fungsi Pengesan Titik Buta (BSD)
- Bantuan Kekal Laluan (LKA)
- Amaran Keluar Laluan (LDW)
- Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki
Selain daripada itu, Proton X50 juga akan dilengkapkan dengan ciri Bantuan Parkir Automatik (APA).
Dari segi fizikal, tiada perubahan kosmetik dilakukan, namun ada beberapa penambahbaikan telah dibuat pada model 2024 ini. Antara penambahbaikan yang telah dibuat adalah:
- Pakej kedap bunyi atau NVH (Bunyi, Getaran, dan Kekasaran) pada lebih 20 titik
- Pintu but berkuasa bebas tangan untuk varian Premium dan Flagship sahaja
- Semua varian X50 2024 kini didatangkan paparan inforia bersaiz 10.3-inci yang dilengkapi cip pemproses dual quad-core dengan berkapasiti 2GB RAM dan kapasiti storan 64GB.
- Kamera 360-darjah (varian Premium dan Flagship) kini 3.3 kali lebih piksel, paparan titik buta, termasuk imej 3D sekeliling yang lebih jelas.
- Menyokong aplikasi PROTONLink yang membolehkan beberapa fungsi seperti menghidupkan enjin atau mengaktifkan pendingin hawa menerusi telefon pintar.
Dari segi mekanikal, X50 2024 masih mengekalkan pilihan enjin 1.5-liter turbo 3-silinder untuk varian Standard, Executive, dan Premium, manakala 1.5-liter TGDi ditawarkan untuk varian Flagship sahaja. Kedua-dua enjin ini disambungkan kepada transmisi tujuh-kelajuan dwi-cekam (DCT).
Dari segi keselamatan, X50 2024 dilengkapi dengan enam beg udara (empat untuk Standard), sistem brek ABS, EBD bersama BA, kawalan kestabilan elektronik, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki, kawalan turun cerun, Auto Brake Hold dan ISOFIX.
Varian Flagship masih menerima ciri pemanduan kendiri tahap 2 (L2) yang merangkumi ciri kawalan jelajah adaptif dengan fungsi henti dan mula, bantuan kekal lorong, brek kecemasan automatik dan bantuan parkir.
No comments:
Post a Comment