Ada empat pilihan varian yang ditawarkan untuk X70 2025. Berikut adalah harga atas jalan X70 2025, termasuk insurans:
- 1.5 TGDI Standard – RM102,873
- 1.5 TGDI Executive – RM115,188
- 1.5 TGDI Premium – RM128,341
- 1.5 TGDI Premium X – RM131,397
Dari segi pilihan warna pula, X70 2025 didatangkan dengan lima pilihan warna termasuk satu warna baharu, iaitu
- Snow White – semua varian
- Armour Silver – semua varian
- Jet Grey – varian Executive, Premium dan Premium X sahaja
- Ruby Red – varian Premium dan Premium X sahaja
- Marine Blue (warna baharu) – varian Premium dan Premium X sahaja
Dengan kecekapan lebih tinggi bagi setiap silinder dan enjin yang lebih padat, pilihan yang sesuai bagi pemandu kontemporari, enjin 1.5L TGDi mencapai pengeluaran kuasa maksimum 177PS dan tork 255Nm, mencapai kemuncaknya lebih awal pada 1500rpm. Berbanding dengan enjin 1.8L TGDi, terdapat pengurangan 7% dalam penggunaan bahan api pada kitaran bandar.
Jeriji baharu ini diapit dengan sepasang lampu LED baharu yang lebih nipis, manakala hudnya juga lebih elegan dengan dua garisan menonjol di tengah, persis kereta mewah. Di belakang, hanya bahagian bampar sahaja yang berubah dan menerima rekaan yang sedikit berbeza berbanding kembarnya, iaitu Geely Boyue facelift 2022.
X70 2025 juga mendapat tiga saiz rim berbeza dan dua rekaan rim aloi serba baharu, saiz 18-inci untuk varian Executive dan 19- inci untuk varian Premium dan Premium X. Untuk varian Standard, ia masih menggunakan rim rekaan sedia ada bersaiz 17-inci.
Di bahagian dalam, ada perubahan yang dibuat pada papan pemuka dengan menampilkan stereng rekaan empat jejari baharu (rata di bahagian bawah), kemasan berwarna hitam piano dan lampu suasana berirama dengan 72-warna, dan unit inforia dengan skrin bersaiz 12.3-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
Bukan itu sahaja, ia menerima antara muka rekaan baharu pada paparan panel meter digital LCDnya dan kemasan upholsteri kulit Nappa berwarna Stone Grey.
Ciri menarik
Ia kini tampil dengan ciri mengunci kenderaan sambil beredar atau Walk Away Auto Lock, manakala pintu but belakang kini dilengkapi fungsi membuka pintu automatik dari jarak dekat (bebas tangan) atau Nearby Auto Open.
Apa pembaharuan yang anda takkan nampak pada X70 2025?
Model X70 2025 ‘bukan sekadar kosmetik’ kerana beberapa penambahbaikan turut dibuat pada aspek mekanikal. Ia kini mengandungi 360 komponen baharu dan telah menjalani proses R&D selama 290,000 jam dengan jarak pemanduan sejauh 4.2 juta kilometer!Aspek keselamatan
Dari segi keselamatan versi baharu X70 ini dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Tercanggih (ADAS) Tahap 2 untuk varian Premium dan Premium X yang beberapa ciri baharu, antaranya:
- Kawalan Jelajah Adaptif dengan Henti/Gerak,
- Kawalan Jelajah Pintar
- Amaran Tersasar Lorong
- Pencegahan Tersasar Lorong
- Kawalan Tengah Lorong
- Maklumat Papan Tanda Trafik
- Amaran Perlanggaran Belakang
- Amaran Lintasan Trafik Di Belakang
Berikut adalah perincian ringkas X70 2025 mengikut varian:
1.5 TGDI Standard
- Enjin 1.5L TGDI
- Transmisi DwiCekam tujuh kelajuan (7-DCT)
- Penghidup enjin kawalan jauh
- Enam beg udara SRS
- Lampu LED dengan lampu siang DRL
- Rim aloi 17-inci
- Tempat duduk kemasan fabrik berwarna hitam
- Unit inforia (IHU) 12.3-inci
- Kamera undur
- Kunci automatik sambil beredar (Walkaway Auto Lock)
1.5 TGDI Executive (tambahan dari varian Standard 2WD)
- Rim aloi 18-inci
- Pintu but belakang kuasa
- Tempat duduk kemasan kulit buatan (leatherette) berwarna hitam
- Tempat duduk pemandu larasan kuasa
- Tempat duduk hadapan berliang/berventilasi
- Kamera 360-darjah
1.5 TGDI Premium (tambahan dari varian Executive 2WD)
- Sistem bantuan pemandu termaju (ADAS)
- Sistem pemantauan tekanan tayar
- Rim aloi 19-inci
- Tempat duduk kemasan kulit Nappa berwarna Stone Grey
- Tempat duduk penumpang hadapan kuasa
- Lampu suasana
1.5 TGDI Premium X (tambahan dari varian Premium 2WD)
- Bumbung panoramik
No comments:
Post a Comment